Wednesday, January 30, 2008

Bilik Oppah yang sayu dan sunyi..


Teman baik oppah..







Melepasi Tiga Negeri Bersama keluarga...


(Ini lah sahaja kenangan perjalanan Oppah...tak teringat lansung nak bergambar...kami sibuk shopping and makan je..)



Baru-baru ni semasa Oppah balik kampung Kuala Kangsar, kami telah sempat pergi melancong ketiga buah negeri sekali gus, kelantan, Terengganu dan Pahang. Sambil-samil nak menghantar Oppah balik ke Petaling Jaya kami bercadang untuk melawat ke negeri-negeri pantai timur, keluarga Oppah memang berasal dari sana.


Jadi Oppah abang, kakak, adik, anak-anak saudara dan cucu cucu Oppah dengan menaiki kereka Naza adik Oppah telah dengan selambanya berjalan-jalan sambil makan angin melawat negeri-negeri itu dimulai dengan negeri Kelantan. Kami bertolak dari Kuala kangsar pukul 6.00 petang dan sampai ke Kota Bharu kelantan lebih kurang puluk 1.00 pagi dengan kelajuan kereta 80kmj. Oleh sebab Oppah bercuti jadi kami tidaklah tergesa-gesa. Sampai di Kota Bharu kami sepakat tak mahu singgah dimana-mana rumah saudara mara termasuklah rumah adik Oppah, hehe... kami nak melancong bukan nak melawat.


Jadi pada malam tu kami pun mencarilah tempat untuk bermalam.... cari tempat murah-murah. So pegi kat tepi pantai Cahaya Bulan dulu-dulu panggil PCB "Pantai Cinta Berani" dan dapatlah kami dua bilik satu bilik harga seratus. Maka landinglah kami pada malam itu disitu melepaskan keletihan. Keesokan harinya kami keluar pukul 11.00pagi untuk bershopping dan meneruskan perjalanan menuju ke Terengganu dan seterusnya ke Pahang. Dalam perjalanan tu banyak lah tempat yang kami singgah untuk membeli belah dan makan minum. Tapi dah tiga negeri Oppah singgah tu takde lah Oppah teringat nak ambil gambar..hehe...cuma gambar beruk yang terkurung kat Pantai Cahaya Bulan tu je yang Oppah ambil wat kenangan. Sebelum meneruskan perjalan ke Petaling Jaya kami bermalam lah jugak di Kuantan.

So itulah perjalan Oppah and family masa melawat negeri-negeri pantai timur tu...tempat asal usul kami sekeluarga adanye....hehe.

Friday, January 11, 2008

Mengimbau sejarah - gambar lama

Bapak dan Mak...waktu masih bergaya lagi dulu-dulu...




Mak masa muda-muda....

Thursday, January 3, 2008

Pada Suatu Hari...

Waktu : 5.00 pagi
Tempat : Depol Lane, Kuala Kangsar
Tarikh : 4 January
Tahun : Separuh Abad...hehe
Nama Ibu : Zainab
Usia Ibu : 24 Tahun


Maka pada hari itu bermulalah sejarah hidup oppah..Tawa, tangis, duka, gembira. Senang cakap semua dah rasalah...oppah makan garam dulu tau...hehe..Sampai bila?
Wallah huaklam...Bersyukur kepada Allah ke atas segala-galanya, semoga dilimpahi rahmat berterusan....Amin.

Oppah

Separuh abad...lamanya hidup....hehe

Wednesday, January 2, 2008

Ingat-Ingat Lupa...

Oppah cuba imbas ingatan oppah sewaktu opah masa baby...ish...memang tak ingat.. paling oppah ingat masa tu tak tau lah oppah umur berapa tapi oppah baru nak mula berjalan agaknya (impossible tapi memang betul oppah ingat). Nenek tengah riba oppah atas bas dan agah-agah oppah sambil senyum, lepas tu oppah cuba nak berdiri atas seat (bas zaman dulu seat dia keras je...belakang dia besi) nenek oppah pegang bahu dan tangan oppah dan oppah ingat dengan jelas kepala oppah tak melepasi besi seat tu, kalau orang dewasa duduk besi tu cuma lebih sikit dari pinggang je. So oppah anggar oppah waktu tu lebih kurang setahun atau dekat setahun la umurnya. Hmm itu lah seawal ingatan oppah. Ada sesiapa yang boleh ingat lebih awal? seawal baby yang hanya tau googoo gaagaa ke?

Incident lain yang oppah ingat ialah masa bapak oppah selalu carry oppah dalam kerusi basikal..lebih kurang usia yang sama jugak setahun setengah ke dua tahun kot..so dulu-dulu basikal adalah merupakan pengangkutan nombor satu selain kereta. And bapak selalu bawa anak-anak dia round dengan basikal tu dan untuk membawa baby kerusi rotan yang dibuat khas diikat pada palang basikal untuk baby duduk ..ala.. macam kerusi baby makan tu tapi lebih kemas, diperbuat dari rotan.. kerusi tu dijual dimerata-rata kedai basikal, sometime oppah je dia bawak sometime oppah kat depan kakak opah kat belakang or abang oppah and sometime dia suka sangat singgah kat kedai minyak sembang ngan kawan-kawan dia. Lepas tu mula la lepas sorang sorang picit pipi oppah dan agah-agah. Seingat oppah, oppah menyampah betul dekat orang kedai minyak tu, hehe...kecik-kecik dah tau menyampah.


Banyak lagi incident waktu baby yang oppah ingat...tapi...esok la sambung...ngantuk.

Tuesday, January 1, 2008

Cerita dulu-dulu

jalan nak ke sungai dah semak samun..orang cakap ade buaya ngan ular sawa..ee



Tak tau kenapa tapi masa oppah buat blog oppah ni...opah terus jatuh cinta..hehe..dengan gambar yang oppah masukkan tu. Gambar yang oppah ambil pada tahun lepas tahun 2007, bunyi macam dah lama kan? Apa pun sebenarnye tempat tu sangat bermakna bagi opah, 90% zaman kanak-kanak oppah dibesarkan di situ. Disitulah oppah bermain dari pagi samapi petang dengan geng2 oppah, kalau oppah tak da kat situ bermakna oppah and the gang semua tengah mandi manda kat sungai tak kira la air cetek ke air dalam ke kami akan tetap pergi mandi, kalau air dalam sampai tebing sungai kami akan ramai2 berenang...dulu masa oppah kecik2 oppah memang terror berenang, boleh menyelam kat sini nanti timbul kat seberang sana, pada yang tak tau berenang tu, memang kagum betul la terutama adik adik opah yang duduk kat pekan..diorang kalau datang rumah oppah kalau mandi sungai air cetek pun terketar-ketar lutut..hehe...nak tergelak oppah tengok, tapi geng2 oppah semua memang macam oppah la jugak terror, kawan2 oppah ni mostlynye lelaki, zaman dulu-dulu memang ramai lelaki, sekarang je pompuan banyak.



Oppah, abang oppah and adik pompuan oppah tinggal dengan nenek..Kami ni memang manja lah..adik beradik kami yang lain memang menyampah la kat kami ni hehe, tapi atuk and nenek oppah orang susah, tak ade ape dalam rumah cuma ada kami je ngan tikar, tapi kami gembira sangat. Bila oppah terkenangkan kembali masa silam tu tak sedar air mata oppah mengalir.. betapa rindunya oppah pada masa-masa itu, betapa kalau boleh oppah nak kembali pada zaman itu dan memeluk atuk dan nenek oppah, nak cium mereka sepuas2nya.


Oppah rasa sebak pulak nak cerita lagi....lain kalilah oppah sambung lagi.

Selamat Tahun Baru 2008

Selamat Tahun Baru oppah ucapkan pada semua...semoga kita akan bertambah ilmu dunia dan akhirat..amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...