(Ini lah sahaja kenangan perjalanan Oppah...tak teringat lansung nak bergambar...kami sibuk shopping and makan je..)
Baru-baru ni semasa Oppah balik kampung Kuala Kangsar, kami telah sempat pergi melancong ketiga buah negeri sekali gus, kelantan, Terengganu dan Pahang. Sambil-samil nak menghantar Oppah balik ke Petaling Jaya kami bercadang untuk melawat ke negeri-negeri pantai timur, keluarga Oppah memang berasal dari sana.
Jadi Oppah abang, kakak, adik, anak-anak saudara dan cucu cucu Oppah dengan menaiki kereka Naza adik Oppah telah dengan selambanya berjalan-jalan sambil makan angin melawat negeri-negeri itu dimulai dengan negeri Kelantan. Kami bertolak dari Kuala kangsar pukul 6.00 petang dan sampai ke Kota Bharu kelantan lebih kurang puluk 1.00 pagi dengan kelajuan kereta 80kmj. Oleh sebab Oppah bercuti jadi kami tidaklah tergesa-gesa. Sampai di Kota Bharu kami sepakat tak mahu singgah dimana-mana rumah saudara mara termasuklah rumah adik Oppah, hehe... kami nak melancong bukan nak melawat.
Jadi pada malam tu kami pun mencarilah tempat untuk bermalam.... cari tempat murah-murah. So pegi kat tepi pantai Cahaya Bulan dulu-dulu panggil PCB "Pantai Cinta Berani" dan dapatlah kami dua bilik satu bilik harga seratus. Maka landinglah kami pada malam itu disitu melepaskan keletihan. Keesokan harinya kami keluar pukul 11.00pagi untuk bershopping dan meneruskan perjalanan menuju ke Terengganu dan seterusnya ke Pahang. Dalam perjalanan tu banyak lah tempat yang kami singgah untuk membeli belah dan makan minum. Tapi dah tiga negeri Oppah singgah tu takde lah Oppah teringat nak ambil gambar..hehe...cuma gambar beruk yang terkurung kat Pantai Cahaya Bulan tu je yang Oppah ambil wat kenangan. Sebelum meneruskan perjalan ke Petaling Jaya kami bermalam lah jugak di Kuantan.
So itulah perjalan Oppah and family masa melawat negeri-negeri pantai timur tu...tempat asal usul kami sekeluarga adanye....hehe.
No comments:
Post a Comment