Friday, May 7, 2010

Jatuh - Hari ini Dalam Sejarah

Hari ini 7hb. Mei, 2010...dalam sejarah sebaik keluar dari bilik air selepas mandi untuk bersiap-siap ke pejabat...tiba-tiba tanpa opah sedari...opah jatuh terlentang di atas simen depan pintu bilik air...bunyi seperti bom meletup, kepala opah terhempas kuat di atas simen.  Opah terpinga-pinga, tidak boleh menggerakkan badan..cuba bangun tapi terhempas semula.  Opah mula rasa panik... "Ya Allah ya Tuhan ku...berakhirkah aku kali ini?".  Dengan ingatan itu opah terus berusaha untuk bangun walaupun dengan kesakitan teramat sangat..terhuyung hayang menuju ke bilik.




   

Dalam bilik opah duduk bersandar..benjolan besar dikepala berdenyut-denyut.  Opah terus membaca ayatul kursi tiga kali.  Bimbang terkena angin ahmar...dalam usia seperti opah macam-macam perkara boleh berlaku...semoga dijauhi Allah.  Amin.




Dalam kesakitan opah terus bersiap untuk ke klinik.  Opah memamag tidak boleh bekerja hari ini.  Doktor mengesahkan hentakan dikepala tidak serius..Alhamdulillah.. tapi mengingatkan opah jika ada rasa loya dan pening agar segera ke hospital.



Hari ini dalam sejarah...satu pengalaman ngeri.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...